Sebagai latihan tambahan untuk pelajar-pelajar PMR
Khamis, 12 Januari 2012
Karangan Laporan
Karangan Jenis Laporan.
· Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa
yang didengar atau dilihat.
yang didengar atau dilihat.
· Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
· Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah
menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.
menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.
· Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti
persatuan,perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke
sesuatu tempat.
persatuan,perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke
sesuatu tempat.
· Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa,
sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun.
Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun.
Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
· Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan
dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.
dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.
· Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
· Gunakan bahasa yang ringkas dan padat
Format penulisan karangan jenis laporan
Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata
dan digaris atau ditulis dengan huruf besar semuanya.
Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis
dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.
dan digaris atau ditulis dengan huruf besar semuanya.
Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis
dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.
Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
Pengakuan pelapor: Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.
Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan
pengakuan pelapor.
pengakuan pelapor.
Tandatangan pelapor : Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah
selepas pengakuan pelapor.
selepas pengakuan pelapor.
Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan
selepas tandatangan.
selepas tandatangan.
Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan
dibubuh tanda koma di hujungnya .
dibubuh tanda koma di hujungnya .
Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili
Contoh Karangan Laporan.
Tajuk : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut .Sediakan laporan itu selengkapnya.
Rangka:
1.Pendahuluan:
penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan
2.Isi
a) kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang
b) ceramah -pensyarah dari USM
c) gotong-royong membersihkan kawasan sekolah
d) lawatan ke Taman Ular
3.Penutup
-berterima kasih kepada guru penasihat.
KARANGAN
Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau.
Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.
Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah”Peraduan Menulis Esei Tentang Sains”.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.
Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.
Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.
Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat,Cikgu Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.
Disediakan oleh, 25 Januari 1996
Azmi
_______________
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh,Terengganu
Latihan.
Laporan di bawah ini disusun secara tidak teratur dan mungkin juga mempunyai kesalahan dari segi formatnya. Susun semula menjadi satu laporan yang lengkap dan betulkan kesalahan-kesalahan yang ada.
laporan lawatan sambil belajar persatuan sejarah
sekolah menengah kebangsaan datuk menteri ke tempat bersejarah di kota tinggi
Setelah sampai ke destinasi yang dituju, tempat pertama yang kami lawati adalah sebuah makam bersejarah. Cikgu Abdul Muhaimin memberi penerangan tentang sebuah makam bersejarah yang masih dijaga dengan rapi. Makam itu ialah makam Sultan Mahmud Syah II (1685 -1699), iaitu sultan kesepuluh dan terakhir daripada keturunan Sultan Melaka, Sultan Alauddin Riayat Syah I ( 1477 – 1488).
Pada 22 Februari 2009, seramai 40 orang ahli Persatuan Sejarah, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri, Air Hitam, Batu Pahat telah mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah di Kota Tinggi.
Setelah kira-kira dua jam mendapatkan fakta, menemu ramah penduduk sekitar, dan bergambar kenangan, kami bertolak ke kawasan air terjun yang tidak jauh dari situ untuk menikmati makan tengah hari. Walaupun kami tahu berenang, tetapi kami tidak dibenarkan mandi atas alasan keselamatan. Namun begitu kami amat mengagumi akan keindahan air terjun Kota Tinggi itu.
Cikgu Abdul Muhaimin menunjukkan makam Sultan Mahmud Syah II dan pembesar-pembesarnya. Sultan Mahmud Syah II juga dikenali dengan nama Marhum Mangkat Dijulang. Baginda mangkat dibunuh oleh seorang pembesar bernama Megat Seri Rama kerana tidak berpuas hati dengan hukuman sultan yang menyula isterinya hanya kerana seulas nangka.
Pada pukul 3.15 petang, kami berangkat pulang. Kami tiba di pekarangan sekolah pada jam 5.05 petang. Kami semua amat gembira kerana lawatan ini amat bermakna dan banyak faedah yang boleh dikongsi bersama.
Lawatan yang diketuai oleh Cikgu Abdul Muhaimin Mukhtar bertolak dengan bas yang disewa khas pada jam 9.00 pagi. Sebelum berangkat, Cikgu Abdul Muhaimin mengingatkan pelajar agar menjaga disiplin. Sepanjang perjalan ke tempat yang dituju kami begitu terpersona akan keindahan pemandangannya. Kira-kira dua jam dalam perjalanan, kami pun sampai di tempat yang dituju.
Laporan disediakan oleh,
Kamariah
(Kamariah Kamaruddin)
Setiausaha,
Persatuan Sejarah,
Sekolah Menengah Kebangsaan
28 Februari 2009 Datuk Menteri
Rabu, 11 Januari 2012
Penanda Wacana
1. Penanda wacana ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan dua ayat atau idea supaya ada kesinambungan idea
2. Penanda wacana digolongkan mengikut tujuan-tujuan tertentu
i. Untuk mengemukakan maksud pertentangan maklumat
walaupun begitu
namun begitu
biarpun demikian
bagaimanapun
walaupun demikian
ii. Untuk mengemukakan maksud sesuatu yang menunjukkan akibat atau kesimpulan
dengan itu
oleh sebab itu
oleh itu
jadi
lantaran itu
justeru
akhirnya
kalau begitu
semenjak itu
hal ini demikian kerana
rentetan daripada/ lanjutan itu
ekoran daripada / akibatnya
iii. Untuk mengemukakan sesuatu yang kian bertambah
tambahan pula
lagipun
tambahan lagi
lebih-lebih lagi
iv. Untuk mengemukakan maksud dalam masa yang sama atau pada masa itu
di samping itu
selain itu
dalam pada itu
terdapat pelbagai penanda wacana yang boleh digunakan terutamanya dalam penulisan karangan. sila klik di sini
2. Penanda wacana digolongkan mengikut tujuan-tujuan tertentu
i. Untuk mengemukakan maksud pertentangan maklumat
walaupun begitu
namun demikian
sungguhpun demikiannamun begitu
biarpun demikian
bagaimanapun
walaupun demikian
ii. Untuk mengemukakan maksud sesuatu yang menunjukkan akibat atau kesimpulan
dengan itu
oleh sebab itu
oleh itu
jadi
lantaran itu
justeru
akhirnya
kalau begitu
semenjak itu
hal ini demikian kerana
rentetan daripada/ lanjutan itu
ekoran daripada / akibatnya
iii. Untuk mengemukakan sesuatu yang kian bertambah
tambahan pula
lagipun
tambahan lagi
lebih-lebih lagi
iv. Untuk mengemukakan maksud dalam masa yang sama atau pada masa itu
di samping itu
selain itu
dalam pada itu
terdapat pelbagai penanda wacana yang boleh digunakan terutamanya dalam penulisan karangan. sila klik di sini
Kata majmuk
Kata majmuk
1. Terdiri daripada dua atau lebih kata dasar yang membentuk satu makna yang baharu.
2. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maksud yang tersendiri.
Contoh kipas angin ( kipas + angin )
3. Kata majmuk ada yang dieja bercantum dan ada dieja terpisah.
4. Kata majmuk yang mantap dieja bercantum. Terdapat 15 kata majmuk yang telah mantap penggunaannya.
a. Antarabangsa i. Pesuruhjaya
b. Beritahu j. Sukarela
c. Bumiputera k. Setiausaha
d. Jawatankuasa l. Suruhanjaya
e. Kakitangan m. Tandatangan
f. Kerjasama n. Tanggungjawab
g. Matahari o. Warganegara
h. Olahraga
5. Kategori kata majmuk
i. Kata Nama Majmuk
Contoh: kraf tangan, jalan raya, air hujan, pasar malam, alat tulis, tanah air dan lain-lain
ii. Kata Bilangan Majmuk
Contoh : seperempat, enam puluh ribu, tiga ribu dan lain-lain
iii. Kata Adjektif Majmuk
Contoh : celik huruf, cerdik pandai, merah hati, ramah tamah, dan lain-lain
iv. Kata Kerja Majmuk
Contoh : campur tangan, lalu lintas, masuk campur, berkaca mata, dan lain-lain
v. Kata Keterangan Majmuk
Contoh : kerap kali, sambil lewa, sering kali dan lain-lain
vi. Kata Hubung Majmuk
Contoh : sungguhpun, apabila, biarpun, walaupun, bagaimanapun dan sebagainya
6. Kata majmuk tidak boleh digandakan sesuka hati. Hanya kata pertama dalam kata majmuk boleh digandakan.
contoh : guru besar-guru besar ( x )
guru-guru besar ( / )
1. Terdiri daripada dua atau lebih kata dasar yang membentuk satu makna yang baharu.
2. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maksud yang tersendiri.
Contoh kipas angin ( kipas + angin )
3. Kata majmuk ada yang dieja bercantum dan ada dieja terpisah.
4. Kata majmuk yang mantap dieja bercantum. Terdapat 15 kata majmuk yang telah mantap penggunaannya.
a. Antarabangsa i. Pesuruhjaya
b. Beritahu j. Sukarela
c. Bumiputera k. Setiausaha
d. Jawatankuasa l. Suruhanjaya
e. Kakitangan m. Tandatangan
f. Kerjasama n. Tanggungjawab
g. Matahari o. Warganegara
h. Olahraga
5. Kategori kata majmuk
i. Kata Nama Majmuk
Contoh: kraf tangan, jalan raya, air hujan, pasar malam, alat tulis, tanah air dan lain-lain
ii. Kata Bilangan Majmuk
Contoh : seperempat, enam puluh ribu, tiga ribu dan lain-lain
iii. Kata Adjektif Majmuk
Contoh : celik huruf, cerdik pandai, merah hati, ramah tamah, dan lain-lain
iv. Kata Kerja Majmuk
Contoh : campur tangan, lalu lintas, masuk campur, berkaca mata, dan lain-lain
v. Kata Keterangan Majmuk
Contoh : kerap kali, sambil lewa, sering kali dan lain-lain
vi. Kata Hubung Majmuk
Contoh : sungguhpun, apabila, biarpun, walaupun, bagaimanapun dan sebagainya
6. Kata majmuk tidak boleh digandakan sesuka hati. Hanya kata pertama dalam kata majmuk boleh digandakan.
contoh : guru besar-guru besar ( x )
guru-guru besar ( / )
Langgan:
Catatan (Atom)