Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang berpegang teguh pada paksi keadilan, penjaga detik yang patuh pada waktu, para dif jemputan,guru-guru, hadirin dan hadirat seterusnya rakan-rakan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmahtullahhi wabarokatuh dan salam sejahtera.
Berdirinya saya di pentas yang indah ini adalah untuk menyampaikan pidato saya yang berbunyi “MALAYSIA NEGARAKU” yang bermaksud sebuah Negara yang menjadi tempat sesuatu masyarakat termasuk saya bernaung dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Detik 31 Ogos 1957 mencatatkan sejarah yang tidak dapat kita padam dari kamus sejarah Negara apabila pada tarikh keramat itulah Negara kita telah mencapai kemerdekaan apabila bendera Union Jack telah diturunkan dan buat pertama kalinya bendera Malaysia berkibar serta lagu Negaraku berkumandang. Kibaran Jalur gemilang yang diiringi lagu Negaraku telah membakar semangat patriotik dalam jiwa rakyat Malaysia kerana itulah tanda kemegahan Negara kita. Bertitik tolak dari itulah Negara Malaysia kian membangun.
Pembaharuan demi pembaharuan, kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh Malaysia di bawah naungan Yang dipertuan Agong dan tampuk pimpinan pemimpin-pepimpin yang berkarisma. Sebagai buktinya sepanjang tempoh 50 tahun negara mencapai kemerdekaan,Malaysia berjaya menempa nama di pesada dunia setanding dengan negara-negara maju yang lain. Jalur gemilang telah berjaya menawan puncak Everest dan Kutub Utara malahan juga ke ruang angkasa apabila Dr. Sheikh Muzzafar berjaya menjadi rakyat Malaysia yang pertama ke angkasa lepas. Tidak mustahil menjelang tahun 2020, Malaysia mampu menjadi sebuah Negara maju.
Hadirin sekalian,
Malaysia Negaraku yang tercinta, penduduknya yang berbilang bangsa hidup bersatu padu menjadikan Malaysia sebuah Negara yang aman dan damai. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa bersyukur akan kesejahteraan Negara kita. Rakyat Malaysia sering mengamalkan sikap tolong menolong ibarat ‘aur dengan tebing’ tanpa membezakan warna kulit. Sebagai contohnya semasa bencana Tsunami, rakyat Malaysia telah memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat sama ada di Malaysia atau pun di Indonesia.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pepatah Melayu pernah berkata “tak kenal maka tak cinta” justeru, pada tahun 2007 Malaysia telah menganjurkan Tahun Melawat Malaysia. Malaysia menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Ketika inilah negara mempamerkan keunikkan yang terdapat di Malaysia iaitu dari segi kebudayaan dan juga adat resam masyarakat majmuknya. Pelbagai perayaan disambut antaranya Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan dan Thaipusam yang turut disertai oleh pelancong-pelancong asing. Selain itu, terdapat juga pelbagai makanan yang lazat seperti sate,laksa,nasi dagang dan sebagainya.
Disamping itu, banyak destinasi pelancongan yang menarik diperkenalkan antaranya Pulau Langkawi yang terkenal dengan Lagenda Mahsuri, Melaka dengan Kota Afamosa, Sabah dengan Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, Tanah Tinggi Cameron, Menara KLCC, Eye On Malaysia dan lain-lain lagi. Setiap tempat pelancongan itu mempunyai keistimewaan masing-masing. Inilah kelebihan Malaysia Negaraku yang tercinta.
Hadirin sekalian,
Sempena Tahun Melawat Malaysia juga, pelbagai permainan dan tarian tradisional diperkenalkan antaranya gasing, wau bulan, sepak raga, congkak, wayang kulit, kuda kepang, boria, dikir barat dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, nama Malaysia terus meniti di bibir pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang berbudi bahasa, bersopan santun serta peramah. Rakyat Malaysia juga tidak loket dengan senyuman. Sesuai dengan adat ketimuran yang menjadi amalan rakyat di Negara ini. Faktor inilah menyebabkan Malaysia disanjung oleh Negara-negara luar.
Kita juga harus berbangga dengan terciptanya kereta buatan Malaysia seperti kereta waja, satria, dan wira yang mendapat tempat di luar Negara. Saya bangga menjadi anak Malaysia. Malaysia Boleh! Malaysia Boleh!
Hadirin dan hadirat sekalian,
Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun:
Pulau Tioman Pulau Pangkor
Tak lupa juga Tasik Pedu
Indah permai aman dan makmur
Itulah Malaysia Negaraku.
Sekian, wabilahhitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh
Persembahan Multimedia : Malaysia Negaraku1- sila klik
Terima kasih...ianya banyak membantu saya :)
BalasPadammohon nak copy pidato ni
BalasPadamkalau tajuk saya tanggungjawab terhadap negara, yg pidato ini ada berkaitan x?
BalasPadamterima kasih....Saya akan guna syarahan ini apabila saya bertanding nanti....
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamterbaik :)
BalasPadamTerima kasih Cikgu
BalasPadamIzin copy..t.kasih
BalasPadamAssalamualaikum mohon share sebagai teks pidato anak ya. TQ
BalasPadamPidato ini bagus tapi bolehkah menulis pidato dalam tajuk sayangi malaysiaku?
BalasPadamslm..mohon share ya..tq
BalasPadam