1.
Kata hubung
pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama
dengan klausa yang menjadi keterangan .
2. Antara contoh kata hubung pancangan keterangan ialah :
kerana,
agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun,
hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika,
tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.
Contoh ayat:
·
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
·
Saya berkawan dengannya semenjak
kecil.
Contoh ayat:
Persembahan
itu akan dibatalkan sekiranya sambutannya dingin.
·
Persembahan itu akan dibatalkan.
·
Sambutan persembahan itu dingin.
Apabila hujan turun
dengan lebat, kawasan rendah itu akan banjir.
·
Hujan turun dengan lebat.
·
Kawasan rendah itu akan banjir.
3.
Ayat kecil yang menjadi keterangan kepada ayat utama boleh
digolongkan kepada:
a.
Keterangan waktu :
sesudah, setelah, sejak, sehabis, ketika, tatkala, sehingga, sewaktu,
sampai, selama, sementara dan sebelum.
b.
Keterangan bersyarat :
jika, jikalau, kalau, sekiranya, andaikata dan manakala.
c.
Keterangan
akibat : hingga dan sehingga
d.
Keterangan sebab :
sebab, oleh sebab, lantaran, dan
kerana
e.
Keterangan
perbandingan : seperti , bagai, macam, ibarat, laksana, bak,
umpama, seakan-akan, seolah-olah,
seumpama dan sebagaimana.
f.
Keterangan harapan
: supaya, agar, semoga,
moga-moga, kalau-kalau
g.
Keterangan tujuan
: untuk , demi , bagi
h.
Keterangan pertentangan
: walaupun, bagaimanapun,
biarpun, sungguhpun, namun, meskipun, sekalipun dan sedangkan
i.
Keterangan cara :
dengan
Latihan
Isi tempat
kosong di bawah ini dengan kata hubung
pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan yang sesuai.

demi sejak sewaktu oleh
sebab supaya kerana
walaupun bahawa untuk dengan
Cerpen
Kasut Kelopak Jantung mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah
setiap tahun, terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang berlaku
tiga puluh tahun dahulu _____________ beliau bertugas sebagai guru di kawasan
pedalaman. Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan
pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah
__________________ sudah tiga minggu
sesi pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu
Harun _________________ tidak membawa pakaian sukan. _________________ itu,
Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat
kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan “kasut”. Ahmad
merupakan murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung
pisang. Dia berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang
sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut sekolah _________ keselamatan kakinya.
Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad berlari ke rumah ______________ kasut
kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan. ___________ hari itu, Ahmad
tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut dan mengetahui
___________ Ahmad ingin berhenti
sekolah. Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula
mengambil keputusan ______________ pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui
perkara yang sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama
ibunya yang uzur dan tua tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa
mengambil upah memetik cili di kebun orang lain. Cikgu Harun yang tersentuh
akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform
sekolah. Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun telah belajar __________
gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut
terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai
membalas jasa gurunya, Cikgu Harun.
tq kerana memudahkan usaha saya memahamkan murid topik ini. semoga Allah merahmati kamu sekeluarga. amin
BalasPadamtq atas teks,latihan ini semoga allah merahmati kamu sekeluarga di dunia dan akhirat. amin
BalasPadamterima kasih atas perkongsian. semoga Allah merahmati mu sekeluarga
BalasPadami like the fish one!can you teach me how to do it?
BalasPadamAhamdulillah,terima kasi atas perkongsian ilmu ini. Moga sentiasa dirahmati Allah.
BalasPadamTerima kasih, sangat bermakna. Sy gunakan sebagai bbm dlm pdp saya. Jelas dan mudah faham.
BalasPadamsaya telah pandai kata hubung terima kasih cg
BalasPadamterima kasih cg saya sudah pandai kata hubung
BalasPadamKasut itu berwarna biru. Kasut itu sangat mahal
BalasPadamTq
BalasPadam