- isu-isu semasa tajuk
- keseriusan isu (masalah) itu
- persoalan yang hendak ditimbulkan ( yang akan dibincangkan dalam karangan)
Contoh : Penderaan Kanak-kanak : Faktor dan langkah
Dewasa ini, masalah penderaan kanak-kanak semakin kronik di Malaysia. Saban hari, kita terbaca di akhbar atau mendengar berita daripada media elektronik seperti radio dan televisyen tentang isu ini. Misalnya, kematian dua orang kanak-kanak yang bernama B. Balasundram dan Nor Fitri akibat didera cukup menyayatkan perasaan kita. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang mewujudkan masalah ini? Adakah kita akan membiarkan gejala ini berterusan dan menghakiskan nilai-nilai kemanusian dalam masyarakat? Tepuk dada tanyalah selera.